Salam. Dalam minggu nie byk pulak terbaca pasal isu2 bertudung nie. Kat bulletin myspace, blog2 etc. Pastu ntah bila timbul isu tentang pakai tudung hukumnya sunat. itu ajaran sesat weyh! Pakai tudung & menutup aurat tu wajib bagi kaum hawa.
Teringat pulak cerita lama masa kat sek dulu ada sorg dak laki nie pernah bertanyakan padaku
“kenapa kat sek pakai tudung, tapi kat luar tak pakai tudung?”
Dengan selumbernya ku menjawab
“sbb kene ikut peraturan sek, wajib pakai tudung”
then dibalas pula oleh org yg menanya soklan tadi
“dah tu bukan ke Islam mewajibkan perempuan pakai tudung?”
hamik ko! Terdiamlah si budak bernama feyra nie. haha. Peraturan duniawi ko ingat nak patuh, peraturan Allah tak ingat. Nauzubillah..
Tapi itu cerita zaman sek dolu2 ye kawan2, skrg feyra dah bertudung.
Dan masih memperbaiki untuk menutup aurat beliau ngan sempurna. Lalala~
Dan alhamdulillah jugak ramai rakan2 ku yg dah pakai tudung. Sep sket u guys! Yeay! :)
But still byk lagi kesalahan2 bagi yg menutup aurat nie. Antaranya:
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat/sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT:
ertinya : "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir" (an-Nur: 31)
Ada satu artikel nie mmg eye catching pasal tajuk bertudung nie. Di petik dari perjalananjauh.wordpress.com. Click la link di bawah tuk bace. Wanita memberi alasan mengapa mereka tidak bertudung dan menutup aurat, dan mereka (penulis blog) menjawab alasan mereka dengan berpandukan firman Allah.
http://perjalananjauh.wordpress.com/2008/08/30/susahnya-bertudung/#more-192
psst.. kalau nak tawu, mengikut kajian saintifik bertudung nie byk faedah pada otak. Tak percaya?
“ Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak”
Sumber; http://www.terjah.com/v2/news.php?readmore=406
Conclusion; bertudung = otak sihat.
p/s; tapi yg lelaki jgn la pulak pakai tudung. Itu dah laen cite pulak tuh. >,<