Monday, December 21, 2009

Taring itu sweet

Orang kata taring itu pemanis.
Jadi maknanya kalo taring ku dah ilang, ilang la manis kan kan? sob3.. (T.T)
tapi yg sangat, sangat, sangat, musykil di sini, kenapa setelah kehilangan bukan satu, tapi DUA taring,
tido ku selalu diganggu dgn gigitan semut.
Bukan sikit, tapi banyak pulak tuh!
adakah ini bermakna statement orang2 diluar sana adalah salah, tanda soal.
atau
mmg saye sweet tanpa taring itu, tanda soal. haha. :P
anda tentukan sendiri.
...
yes! i know! i made statement yg sangat bajet. do i look like i care?
haha. u r just being jealous. huhu.
lalala~

oh shoot! bubur dah masak. fyi, since gigi ku berpagarkan besi,
dats the ONLY best meal i can have. (T.T)

Monday, December 14, 2009

I'm losing it.

Assalamualaikum..
ello guys! ouch! cannot shout out loud coz my gum still hurt after my dentist took out my fang.
hell yeah. i lost one of my fang and i'm about to loose the other one this wednesday. Kini ia hanyalah tinggal lubang besar yg agak mencacatkan gusi kuh.
y i'm doing this? because i wanna wear the 'pagar besi' keliling my tooth or people used to call it braces.
fakta; gigi saye mmg sgt berterabur.
frankly speaking, i dun give a damn about my unstraighted tooth though i think mine are worst among the bad. eik? pandai2 la paham sendiri. haha. Too many people suggested consider wearing that braces thing. kecoh la! And now that i'm about to wear one, pueh ke ati anda? Tayah bising2 dah oke. :) i felt terrible la about this matter. Its my fangs, my identity man! Lagi2 saye keturunan bersiung and i kinda proud of it actually. All my siblings have it AT LEAST one. So its kinda sad dont u think so? However, to my beloved sisters and bro, even though gigi taring yang slalu u guys ejek sudah tiada, dan lagi2 gigi saye bakal jadi cantik (insyaallah) boleh senyum lebih lebar2 dari u all, u guys tetap my siblings oke? forever and always.
Its funny though. i told my siblings i've get rid of my fang and they totally interested of getting rid of theirs too. hahah. i guess i'm the influencer.
lalala~

Saturday, December 12, 2009

Benci

Sangat benci duduk dalam satu kereta bersama2 dgn orang yang sedang memaki orang. ada kene mengena atau tidak, anda pasti kene dgr caci makian. Memang macam haram.

Sunday, November 29, 2009

its time... to move on

Assalamualaikum.. It has been a long time i dont give salam before writing my thought right? Hehe.. My bad. sorry. :P BTW, its time to move on like my title for this current post. :D
Ehmm.. move on. macam mana nak melupakan yg lama? banyak gile kot kenangan dgn dia.
Dia dah banyak buat jasa. Should i just let it go & biar dia terlepas ke tgn org lain atau...
*sign* there's no choice. its too late! Nasi dah jadi bubur.
So tgk la dia dari jauh. Harap org baru kan jaga la dia elok2.
Frankly speaking, i didnt take care of it at all. wait, only once, ONCE.
Tapi, pape pon life must go on right?
So thats wut i'll do. Teruskan hidup! yeah.
Lagipon i got a new one. Heheh..
I think this one better and look more attractive than the old one. :D
Memory can be created kan kan?
i'll spend more time with the new one. definitely! well, at least i'll try my best.
We'll create lots and lots of good memories perhaps. :)
Eh? I read through my post again, i'm not sure if we were talking on the same subject.
if you thought i'm talking about the one that called 'LOVE' or 'BF', u are totally out of topic.
i'm talking about this >> ;

honda wave 100. the old one. sudah kene anta kampung maa.. :( but still, i have the new one. :)

more attractive i guess. :D yg penting lagi catch up. honda wave 125 S. walaupun tak se'panas' LC tapi ni pon bole la tahan. :)

Fire burning!

Warning. Zafirah bakal menggunakan bahasa melayu yang mungkin tak betul. or perhaps making u sick till u puke like a drunk donkey! Martabatkan BM kita! Bahasa jiwa bangsa! Dengar lagu bahasa jiwa bangsa. 'Gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai ramai...' Naik muak aku dgr lagu tu kat radio. duh~
* * * * *
Situasi. Andaikan ada 4 orang dalam satu kereta, kereta yg dlm perjalanan. Seorang pesalah, seorang tukang marah. Yang lagi dua? Tukang dengar maki hamun. haah! itu lah aku. tersepit dlm bingitan tersebut. Bukan salah aku pun! Nak lari? Lompat keluar tingkap, mati. Dengar je, pecah gegendang telinga aku. Sebelum gegendang telinga nie 'burst' bak cell darah merah yg hipotonik (achik, tolong betulkan fakta nie kalo salah ye), mula la terasa nak bersuara. Bila zafirah dah bersuara, kata2 yang bagai minyak tanah simbah kat api, ada la hati yang terbakar last2 yg sakit hati, dia jugak. tawu pun nak diam. Tutup cerita.
* * * * *
U are taught to say "please" when u want to ask for some help , aren't u? Hell ya! of course right? well then, practice it *****! Don't just learn and forget. End of case.
* * * * *
"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"
-George Santayana-
Almost everyday i learn about history. Not to mention, it is my course in my current studies, though i still repeat the same mistake over and over again by neglecting those preciouse law; Santayana's Law of Repetitive of consequences. Hopes were built perhaps higher than mount kinabalu, the hightest mountain in Malaysia, *Lupa. Tukar kepada BM semula* harapan dah jauh sepanjang banjaran titiwangsa, banjaran terpanjang di Malaysia...rupanya realiti tak menepati harapan, tak mencapai tinggi Bukit Rahman Putra pun! inikan pulak nak capai gunung kinabalu. Haha. Tinggi sangat harapan. Padan muka aku. harapan tak tersampai, tersungkur lagi ada. nasib baik sempat berpaut. kalau tidak? jatuh tersembam la jawabnya. Baik dengar Hey Ladies, lagi rancak dari don't cha.

Wednesday, November 25, 2009

Semester Break

Lets hear some shout out. yaaahoooo!!!! Semester break has began! Well, actually i'm not really that excited. Why? Because its hard to leave my seniors. It is their last year in IPBA so that means no more them in the next sem. sob3.. (T.T) but what can I do? Life must go on right? I still got a long journey to reach to their position right now. To my seniors, gambatte! Goodluck! teach the kids a lesson till they remember it for the rest of their life. Hahaha.. sounds pretty harsh right? :P I don't mean it in the harsh way. Erkkk.. wutever.. ala~ korang paham jugak. (pinjam ayat wawa jap). hehe.. Goodluck posting. Harap dapat tempat yang u guys nak. :) To my friends the same batch as me, i want to apologize for all my wrong doing to all of u guys. I wish we can let the bygones be bygones. Forgive and forget. Open new chapter and erase the old one. Buang yang keruh ambil yang jernih kan? I don't know whether any of them would read my blog but.. ada aku heran?? byk yg tak tau about my blog. Haha.. skali lagi, ada aku heran? :P


This is the only stuff i brought back with me.
errkk.. ok. u are right. i lie. Pretty obvious right? This much of stuff only for weekends break so this is the real much i brought home with me.
hehe.. too much? KL-Sg buloh je kot. Dekat je. So no biggie... don't worry, muat sumbat dalam kereta. hehehe. :D

Tuesday, October 27, 2009

Hari ini mengingatkan kepada kenangan masa semalam

Assalamualaikum.. Weekends yg lepas adalah hari2 minggu yg bermakna bagi insan yg bernama Noor Zafirah Zainol.
Rutin mingguan pulang ke rumah tidak lagi dapat dilaksanakan lantaran tercetusnya idea para-para teruna kelas kajian sosial B.
Idea; mengadakan perkelahan ke sg. congkak bagi mengeratkan hubungan sesama classmate dalam erti kata lain - mengadakan aktiviti tautan kasih.
tanggal 24 hb oktober 2009, bermulanya pengembaraan guru2 pelatih kelas kajian sosial B cohort 6. bermula dengan menaiki LRT kemudian melompat ke atas bas rapid KL terus ke hulu langat dan kemudian ke sg congkak. Bukan untuk membuka pekung di dada sendiri, tapi sepanjang hidupku 18 tahun, itulah pengalaman pertama menaiki bas rapid KL. agak selesa serta agak kebingungan dimana terletaknya loceng bas.
*loceng bas kuala selangor terletak di bumbung tapi berbeza dgn rapid KL yg terletak di setiap tiang, setiap tiang. pelik, bukan?*
Aktiviti kami - menyelam, berendam, berenang, melawak, dan juga makan kuaci ketika mandi di sungai. KsB telah menggemparkan pengunjung sg congkak dgn penemuan seekor anjing mati berendam dlm sg tersebut. yek! nasib baik port yg kSB pilih sgt strategik jauh dari bangkai anjing tersebut. Kesian makcik2, kena samak balik la nmpknya ye makcik..
Pada sebelah malam aktiviti BBQ dijalankan dilaman rumah shahrul. kami bermalam dirumah beliau. layanan baik keluarga shahrul mmg membuatkan kami berada ditahap segan gila. terima kasih diucapkan kerana sudi menerima kedatangan kami. harap sepanjang kehadiran kami tak menyusahkan.
Secara jujurnya ekspedisi ini mmg mengingatkanku kpd rakan2 lama yg tak ditemui lagi. Melepak bersama, bergelak ketawa, bergurau senda.. . . . . .. . . . erkk.. screen computer ditenung agak lama akibat kehilangan idea utk menulis. lalala~ Well, apa2 pun, inilah famili baruku, famili ksB.

Sunday, October 11, 2009

tidak terkata

Semalam best.
best sebab apa? best sebab dapat jumpa kawan lama.
kawan lama yang mana? kawan lama yang lama missing.
missing sebab apa? missing sebab lama terpisah.
terpisah sebab apa? terpisah sebab masing2 sambung belajar.
jadi semalam buat apa? semalam pegi melepak bersama mereka, bergelak ketawa.
ketawa sebab apa? ketawa sebab dah lama tak dengar lawak2 bodoh yang dorang selalu buat.
jadi nak kata apa?
guys, i miss u guys so much. thanks for yesterday. even tak dapat jumpa semua tapi memadai la tu.
Jumpa siapa semalam? Jumpe achik, ucu, uncle dan epul. i love you all. :)
siapa lagi yang tak jumpa? liey (really looking forward to meet u), angah, dan gha.
kenapa mereka je? sebab mereka nie la yang tidak dijumpai setelah mereka pergi sambung belajar.

*updated*
-yang lain bukan tanak jumpa, just mereka bertiga tu ada hutang yg mau dituntut. hoho. :D

Tuesday, September 22, 2009

dunia saya

*Melayan perasaan*.

Ketika itu aku dalam perjalanan untuk beraya ke rumah sedara. Kutipan tahunan tak memberansangkan kali ini. Terpaksalah keluar pergi mengutipnya. Faktor umur bukanlah satu penghalang untuk pergi mengutip cukai tahunan. >,<

Kedah. Jalan kiri kanan tak lain dan tak bukan pasti bendang. Terasa indah walau dibawah panas terik matahari. Itulah ciptaan Yang Maha Kuasa.

Ketika itu era memutarkan lagu ‘ku mahu kau tahu’ oleh hujan. Terasa ringan mulutku menyanyikan lagu itu dengan penuh makna. *layan*

Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya!

yeah!! Hari Raya Aidilfitri menjelma lagi.
Selamat Hari Raya!! Maaf zahir & batin.
Mendengar takbir raya pagi2 memang membuatkan hati kecil menjadi sayu je. Raya taun nie takkan sama mcm raya taun lepas. Sbb ape? ada la. :)
Taun nie raya dah tak relaks.. assignment berlambak! Cikgu rahimah dah berpesan 'jangan nak berfoye2 saje'. huhu. Mmg takkan hilang ayat tu sampai bila2.
Akhir kata, semoga anda semua bergembira di hari yang mulia ini.

p/s: Kalau iszee (uncle) Raja SMS, ini pulak Raja Hantar SMS. SmS yang ku hantar cecah 100 kot. :P lalala~

Saturday, September 5, 2009

Confuse


Salam.. erkk.. for some reasons i think my days felt like it has been fixed.
Monday ; Gile bersemangat. Almaklumlah first day nak pegi kelas. Even the entire day full with history subject. (Hell yeah!) haha.
Tuesday ; Everything seems just fine. I’m not feeling anything yet. Biasa je.
Wednesday ; Tired already. hwa.. i miss my bed/sofa at home. Bila jumaat nak menjelmakan diri nie.. T,T
Thursday ; Shit. I get tired already. Why the clock seems ticking so slow? Hwa!! Started to look at family’s and friends’ pictures. Esok cepat la menjelma. But there’s one thing i like bout Thursday; Mr Raj and Dr. Azita’s class!! Hoho. Cool beb.
Friday ; finally!!! Its Friday!! Bersemangat pegi kelas. Pegi cepat balik cepat. Only got two classes for Friday. Yeay! 12.30pm i’ll be home.. hahhaha... Sg buloh! I’m back! Lalala~ *singing with hati yang suka ria*
Saturday ; home sweet home. Nothing can replace it. Kecuali syurga kot. But ‘rumahku syurgaku’ kan kan? No no.. syurga lebih baek kot.
Sunday ; *sigh heavily* huh~ its time to leave home. Rumah kata pergi IPBA kata mari. Lai2.. cam tu kot. T,T belum puas duduk rumah. Hwa!!! Berat sungguh hatiku ini.
I wonder, is this wut they used to call “homesick”? erkk...

Monday, August 24, 2009

Luahan Hati (bab 2)

Maaf. terpaksa delete bab2 kerana agak sensitif isu ini.

Sekian sahaja. Wasalam.

Luahan Hati (bab 1)

Assalamualaikum wtb..

First of all, i wanna wish u guys “selamat menjalani ibadah puasa”. Emm.. lama jugak tak update blog nie. Bukan alasan ‘malas’ yg nak digunakan hari ini, tapi alasan ‘tiada masa’ lebih menggambarkan situasi yg sebenar. Sampaikan ada kenalan yg masih bersekolah hantar msg “kalo u still my fren, bls la msg nie!” maaf ye dik, org tade masa nak layan kerenah ko. Adakah persahabatan dinilai hanya dgn hantar msg? salah! With my bestfrens, tak contact pon slalu. Jarang kot. But deep inside we know we still bestfrens and we appreciate others more when rarely meet. Liyana pernah berkata “Bila dah sorg2 tnpa kawan, baru la realise yg frenship can be so meaningful. But this is the journey of life, we move on, and jumpe org2 baru dlm fasa2 masa tertentu.” Nie la kata2 bakal pharmacist.

Kira2 dlm masa 2 minggu lepas adalah minggu2 yg sgt tough bagi aku. Baru duduk ipba sebulan lebih, aku dah rasa letih sgt. Bukan letih fizikal tp letih emosi. Sumpah letih sgt wahai kawanku. Dalam dua minggu tu macam2 perkara berlaku. Bak kata roommate ku, tulis novel pon dah boleh lepas.

2minggu yg lepas, dua dari rakanku di IPBA bergaduh. Pada permulaan hanyalah silent argument. Disebabkan aku hanyalah manusia yg mempunyai hati, tak sanggup tgk salah sorg dari mereka berdiam diri, tidak bertegur sapa antara satu sama lain, ada yg demam lagi merayau sana sini seorang diri..

-mungkin salahku kerana tak dgr cerita dr dua2 pihak & hanya menyebelahi satu pihak. I was wrong, I admit it.

So I called all of them to have a meeting, so dorg boleh express ape yg dorg rasa and ape yg dorg tak puas hati. I used to do this slow talk with my bestfrens dekat sg buloh and it usually work.

–but I guess that was my 2nd wrong doing.

Why? Because these people who came from all over Malaysia, got their own way & cant accept my way. Berlaku la perdebatan suara yg maha kuat antara mereka, hampir berlaku pergaduhan fizikal rasanya, dan berlaku emotional breakdown. Mental tak kuat menahan segala tension kot. Akhirnya dua2 org tak boleh pandang antara satu sama lain. Maybe kedengaran menda biasa.

–eleyh perkara kecik je. Gado biasa. Ko nak tension ape zafirah? Ape benda yg meletihkan ko sgt?

Org yg tak mengetahui mungkin berkata mcm tu. Tapi Allah tau betapa kami yg terlibat diuji dengan permainan emosi. For your information, org2 HEP (jabatan Hal Ehwal Pelajar) pon turun padang sbb kes nie. Jadi fikir la sendiri serius atau tak.

Selesai satu bab.

Sunday, July 26, 2009

Busy, busy, busy journey begins..

Assalamualaikum wtb.. hye friends..
Zafirah now continue her studies at IPBA (institut perguruan bahasa antarabangsa).
Well.. erm.. i dont have time to describe IPBA right now.
just in general i think the environment at IPBA is quite ok, boleh la untuk kurus coz mmg sumpah giler byk tangga. haha. *zafirah bakal kurus kot, yeay!* (^_^)
udara sumpah teruk. udara kat KL, biasa la, berjerebu.
Right now, i dont have any lappy to on9 at IPBA, CC pon tade kat sana. sob3. T,T
My class oke la. dak2 kelas sume havoc gak la, perangai laen2. macam ragam dorg nie but best.
rasanyer pengajian sosial (KS) kelas paling selumber kot. huhu.. :D idup KS!! hoho
5 tahun setengah nnti pandang muka yg sama jugak, ye, itulah family ku di IPBA nie kot. lalala~
my roomates, 6 of them, if i wanna mention each one of their characters, hujung taon pon tak abes kot. dorg sumer laen2 character and giler2!! dats wut i like about them. :)
next time kalo dah ada pic2 IPBA i'll write another blog.
till then, take care and have a nice day. :)

p/s: Skrg mega sale!! last friday i went to shop and the price cut was really a shock! go go now. high quality with low price. hoho. ngee~


see dat, IPGM punye lambang. actually dulu name IPBA. IPBA lagi sedap kot. :)


Saturday, July 11, 2009

Rahsia solat

1. Niat ; memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat

2. Berdiri betul ; meluaskan tempat kita di dalam kubur

3. Takbiratulihram ; pelita yang menerangi kita di dalam kubur

4. Al-Fatihah ; Pakaian yang indah dalam kubur

5. Rukuk ; Tikar kita di dalam kubur

6. Iftidal ; Beri minum air dari telaga Al-Kausar ketika di dalam kubur

7. Sujud ; Memagar kita ketika menyeberangi titian siratul Mustaqim

8. Duduk antara 2 sujud ; Menaungi panji2 nabi kita di dalam kubur

9. Duduk antara 2 sujud (akhir) ; kenderaan di padang mahsyar

10. Tahhiyat akhir ; Penjawab bagi soalan Munkar & Nakir di dalam kubur

11. Selawat nabi ; Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur

12. Salam ; Memelihara kita di dalam kubur

13. Tertib ; Pertemuan kita dengan Allah s.w.t

Demikian adalah salah satu sebab mengapa org yahudi/kafir tidak sukakan angka 13 & hari jumaat. Jika anda perasan, itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita seram ‘Friday the 13th’.

Sembahyang itu tiang agama. Barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya. Dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya.

Tuesday, July 7, 2009

Bertudung & menutup aurat

Salam. Dalam minggu nie byk pulak terbaca pasal isu2 bertudung nie. Kat bulletin myspace, blog2 etc. Pastu ntah bila timbul isu tentang pakai tudung hukumnya sunat. itu ajaran sesat weyh! Pakai tudung & menutup aurat tu wajib bagi kaum hawa.


Teringat pulak cerita lama masa kat sek dulu ada sorg dak laki nie pernah bertanyakan padaku

“kenapa kat sek pakai tudung, tapi kat luar tak pakai tudung?”

Dengan selumbernya ku menjawab

“sbb kene ikut peraturan sek, wajib pakai tudung”

then dibalas pula oleh org yg menanya soklan tadi

“dah tu bukan ke Islam mewajibkan perempuan pakai tudung?”

hamik ko! Terdiamlah si budak bernama feyra nie. haha. Peraturan duniawi ko ingat nak patuh, peraturan Allah tak ingat. Nauzubillah..


Tapi itu cerita zaman sek dolu2 ye kawan2, skrg feyra dah bertudung.

Dan masih memperbaiki untuk menutup aurat beliau ngan sempurna. Lalala~

Dan alhamdulillah jugak ramai rakan2 ku yg dah pakai tudung. Sep sket u guys! Yeay! :)

But still byk lagi kesalahan2 bagi yg menutup aurat nie. Antaranya:


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat/sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT:


ertinya : "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir" (an-Nur: 31)


Ada satu artikel nie mmg eye catching pasal tajuk bertudung nie. Di petik dari perjalananjauh.wordpress.com. Click la link di bawah tuk bace. Wanita memberi alasan mengapa mereka tidak bertudung dan menutup aurat, dan mereka (penulis blog) menjawab alasan mereka dengan berpandukan firman Allah.


http://perjalananjauh.wordpress.com/2008/08/30/susahnya-bertudung/#more-192


psst.. kalau nak tawu, mengikut kajian saintifik bertudung nie byk faedah pada otak. Tak percaya?


“ Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak”


Sumber; http://www.terjah.com/v2/news.php?readmore=406


Conclusion; bertudung = otak sihat.


p/s; tapi yg lelaki jgn la pulak pakai tudung. Itu dah laen cite pulak tuh. >,<

Sunday, July 5, 2009

Seminggu sebagai pelajar UiTM Melaka

Assalamualaikum wtb..

Hii..!!! sekembalinya feyra dari UiTM Melaka bukan balik mingguan, tapi balik tak kembali ke sana. Bukan sbb tak tahan dgn minggu mesra siswa (MMS) @ orientasi. Tapi sebab saye telah di tawarkan dgn course Pengajian Sosial/B.inggeris/B.Melayu di Institut Pendidikan Guru Malaysia Lembah Pantai. Ye.. insyaAllah feyra bakal menjadi guru. Hehe. >,<

Ntah sesuai ke tak. Tapi belum cube belum tau kan kan? Sebenarnya dah dapat tawu tawaran nie dari hari kedua berada kat UiTM but I still nak abehkan minggu orientasi sbb once u dah start something, u have to finish it right? :)


Mengenai UiTM Melaka, 27 jun iaitu hari pertama mendaftar di sana. Alhamdulillah semua berjalan lancar & sangat cepat. Pegi meja pendaftaran, tunjuk surat tawaran, tunjuk kad pengenalan, semakan kesihatan & terus dapat no bilik. Pengarah UiTM Melaka ckp, dorg wat system mcm tu sbb nak elakkan berlakunya traffic jams yg berlaku semasa pendaftaran tahun lepas. Memperbaiki kesilapan yang lalu. Bagus pengarah nie. I salute dier. :)


Saye di tempatkan di kolej yg diberi nama TUN TEJA berno bilikkan TTJ 2310 tingkat 3. harap maklum, tiada lif. Lalala~ Mmg penat la naek turun tangga. Tapi tak pe, scenery dari koridor level 3 tu cantik coz dier menghadap tasik tun fatimah. Angin pun bertiup bukan sepoi2 bahasa dah. Takde bahasa dah angin tuh, kuat giler bertiup. Kalo pintu bilik berbukak, siap la “kedebum!!” pintu tu ditutup oleh angin. Hehe. :P

Bilik saye ada 4 org yg menginap. Ika (dari sepang), diba (seremban) and hazirah (negeri 9). Mereka semua baik2, untung ouh dapat roommate macam dorg.


*nie la blok TUN TEJA*

*nie lak pemandangan dari level 3. best duk atas nie*

Hari pertama di kampus bermula pukul 4.30pm. first day jek dah kene tido pukul 2.30 pagi. Kepada ibubapa, ini bukan ragging. Tapi ini adalah persediaan kpd kehidupan yg mmg bz giler kat kampus. Tapi ada jugak pelajar2 yg tak tahan, nanges2 & hari ahad dah balik rumah. Ini contoh2 manusia yg kekuatan mentalnya tak kuat. Alhamdulillah feyra sgt kuat mental beliau.



Hari2 berikutnya ada la pendaftaran pelajar, majlis perasmian, ceramah & taklimat, campus tour, tayangan filem, senam seni, orientasi perpustakaan, majlis penutup etc. Minggu2 orientasi nie sure la byk ceramah kan kan? Rutin harian kami di sana sangat memenatkan.


Hari bermula (jam 4 pagi) >> ke masjid (solat subuh/ ceramah dari ustaz) >> ke dewan makan (sarapan pagi) >> ke dewan bendahara (taklimat/ceramah/majlis) >> ke dewan makan (makan tengah hari) >> masjid (solat zohor) >> dewan bendahara >> ke bilik masing2 (tukar baju/mandi/solat asar) *Tapi biasa nya mmg tak sempat nak mandi* >> pegi dewan makan (makan malam seawal jam 6 ptg *kot*) >> masjid (solat maghrib/ceramah dari ustaz/solat isyak) >> dewan bendahara >> balik bilik tido (paling awal-1.30pagi, paling lewat-3pagi)


Kami slalu je berulang alik dari satu tmpt ke satu tmpt. Lokasi satu tmpt tu bukan nyer dekat. Jauh2! Dari dewan makan ke dewan bendahara jauh sgt. Berjalan dari Times Square ke BB pon lagi dekat rasanya. Dengan panas terik nya lagi. Pergh! Mmg memerlukan kekuatan mental dan ketahanan fizikal yg kuat. Mungkin sbb tu la ramai yg pengsan and kaki melecet. Kaki feyra pon melecet jugak tapi beliau tetap steady menjalani MMS beliau. :D Mengantuk tu tayah cakap la. Mmg sentiasa! Tempat paling ideal nak tido dlm dewan & masjid. :P tapi saye sedaya upaya menahan mata daripada tido dlm masjid cume kadang2 tu terlelap seketika disebabkan proses syaitanisasi bak kata ustaz. Huhu.


Pengarah UiTM Melaka mmg rock! Pakcik tu mmg best. Opp! Beliau dah warn jgn pgl pakcik. Hehe. Sorry datuk. Nama beliau Datuk Prof Madya Dr. Mizan Hj. Hitam. Nama pun mizan, dlm Islam mizan bermaksud dacing yg adil. Dan datuk nie mmg adil kepada pelajar2 beliau. Suke wat lawak datuk nie, and slalu jek bincang dgn staf2 UiTM nak amik tindakan ape masa tengah2 bagi ucapan kat pelajar. Selumber jek wat mcm tgh meeting padahal tgh berucap nie. Haha. Nmpk pon muda lagi. And beliau nie mmg slalu ingat kat bini dier. ape2 hal sure dier tak lupe sebut isteri beliau. Dan paling penting, beliau jugak tak lupe dengan tuhan. Itu yg paling penting. Adakah ente kenal mana2 pengarah yg bersalam dengan anak2 murid beliau yg seramai hampir 2ribu org & turun masjid berjemaah skali dengan pelajar2?? well, I know one person, and that person is pengarah UiTM Melaka. Saye kasi tabik sama datuk!

p/s ; tangan sakit tak? :P


*Datuk Prof Madya Dr. Mizan Hj Hitam*

Datuk Mizan ada mention pasal bigboss dier. feyra panggil “pakcik misai”. Ensem gak org nyer. And nmpk pon still muda lagi. Pangkat ape yg anda nak? Sumer dier ada. Tan Seri + Datuk Seri + Wira + Prof + Dr. + Ibrahim + abu syah. Nama beliau = Tan Seri Datuk Seri Wira Prof Dr. Ibrahim Abu Syah. :) beliau bigboss datuk mizan merangkap naib counselor UiTM Malaysia. Pergh! Bangga mak jadik pelajar Uitm Melaka nyah! :P


*Tan Seri Datuk Seri Wira Prof Dr. Ibrahim Abu Syah*

Masa kat UiTM Melaka, saye sangat suke part berjemaah kat masjid. Tak taw la pasal. Tapi best. Amik saf depan skali weyh! Haha. Tapi depan skali tuk saf pompuan la, bukan yg duduk betul2 belakang imam tuh, ngek. Duk masjid berzikir sblm solat, pastu dgr ceramah. Ada abg senior yg slalu handle pasal masjid nie mmg best. Cara dier ckp selumber jek, marah pon muke rilek jek tade nak kerut2. baek giler. Nama abg tu, abg mizol. Ayat favourite dier “ingatlah Allah supaya Allah ingat kamu.” And “marilah sama2 berzikir untuk menyejukkan diri” dan juge “ini rumah Allah (masjid), jaga la adab kamu” saye sgt suke dgr abg nie bercakap. Penuh ngan kata2 peransang tuk memperbaiki diri. Abg nie sebenarnya ahli kepada Intelectual Student Association (INSAN). kalau saye masih study di UiTM Melaka, insyaallah saye masuk kelab nie. :) Kelab nie ada berdakwah dengan menyebarkan kertas2 kecil bertuliskan pesan2 dan berbuktikan ayat2 al Quran. The most my fav is this one;


[ALLAH berfirman didalam surah Al-Isra’ ayat 32: “Dan janganlah kamu dekati zina kerana sesungguhnya ianya perbuatan (fahisyah) terkutuk dan buruk padahnya”]

*kertas ini diletakkan di belakang pass UiTM feyra*

p/s : ramai pelajar yg menyukainya penulisan kertas ini. :D

*masjid al-hikmah*

Mengenai my roommate lak dorg sumer baek2. tak de yg pentingkan diri. Sumer wat menda sama2. Even though baru berkenalan, tapi rasanya dah leh tawu sikit2 perangai masing2. thanks guys sbb sudi jadik memberku. Rasa cam sediyh gak tinggalkan korg nak gi maktab perguruan nie, tapi pe kan daya. Hope kite berjumpe lagi ek. :) and kakak2 PM juge, time kasih kerana menjaga saye, Barisan Biro2, Barisan MPP, akak2 dan abg2 senior semua, student2 blok tun teja, and last but not least, semua pelajar UiTM Melaka 2009.


Diba, hazirah, feyra, ika

Ika ;

gigih ouh dak nie. Antara yg tertinggi dlm kalangan kitorg. Duk kat sepang & anak bongsu mcm saye jugak. Dia ada sakit kaki yg di panggil tendon. Tapi kerana semangat juang yg tinggi, dier tetap jalan join kitorg ulang alik dari situ ke sini, dari sini ke sana. Tapi kadang2 tu je kalo sakit sgt dier nek kete ngan akak2 PM (pembantu mahasiswa).


Hazirah ;

Menetap di negeri sembilan. Even dia nie anak tunggal, tapi tak penah lak tgk dia nie nanges sbb tak tahan dengan kesibukan dan kepenatan MMS nie. Tapi manje tetap ada sket la. :P but overall she’s fine. :)


Diba ;

Menetap kat seremban. Dia sorg jek penah duduk kat asrama iaitu PLKN. Yg laen sume baru first time masuk asrama. So dier senior la kot dlm bab2 asrama nie. :P Dia nie suke sembahyang berjemaah. So dia la yg bertanggungjawab mengajak feyra merebut saf depan dlm masjid. Hehe. >,<


Nie saye nak menyajikan anda dengan pandangan2 di UiTM Melaka. Jemput2 tgk keindahan di sana.


Nie dlm dewan bendahara. Itu banner MMS. Nmpk tak gambar pakcik misai tuh? Ha! Itu la gambar yg kami tatap tiap2 hari. Haha. :P




Perpustakaan. Bahagian depan dan belakang. Nice an design dier? :D



Dewan kuliah


Kompleks pentadbiran & pembelajaran



Unit sukan. Padang, court tennis, bola jaring, bola keranjang, tapak senam sume ada kat belakang tuh.


bahagian dalaman kafe. Tu yg beratur tu untuk amik air. Yg beratur amik makanan gambar bawah nie.


saksikanlah betapa ramainya manusia beratur untuk amik makanan. Nie tukang tgkp gambar nie pon tgh beratur sbnrnye. Beratur di bawah panahan terik matahari. Nie matahari jauh, dah rasa seksa kepanasan. Nnti matahari sejengkal atas kepala masa kat akhirat nnti tak taw la cam ne rasa.


Tasik tun fatimah.


Budak nie mmg baek. Tak lupe bwk buku peraturan akademik kemana saje dia pegi. Tapi sumpah tak penah bace pon. Itu buku hanya berperanan sbg kipas ku jek. Haha. :D



Saye adalah pelajar UiTM Melaka walau hanya untuk seminggu.

Blogger & Friends