Friday, March 16, 2012

Mendambakan sebuah perubahan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum..

Sejak 14 Februari lepas (since last entry la), aku terkesan dengan sesuatu. Entah kenapa. Mungkin sebab aku baru dapat ketenangan hati lepas duk bengang dengan seorg penasihat perwakilan, dengan segelintir budak budak institut aku yg mana mereka juga duk bengang dgn admin sbb elaun lambat masuk. Masa tu aku still dalam perwakilan pelajar (sekarang dah mantan, yeay !) ramai yang duk cucuk jarum panas nak maki marah cerca admin sbb lambat buat kerja (ini mereka yg kata, bukan aku). Walhal JPP dah cuba dah pergi selidik & push admin suruh cepat cepat sikit kasi budak budak ni duit untuk mereka makan. tak salahkan mereka marah, sebab masa tu aku pun sengkek jgk. tapi taklah sampai nak post post pengaruh org bencikan admin. Ada sesetengah tunjukkan hebat. tak mau cerita itu. tutup cerita. Masa sampai ke tarikh yg aku nyatakan tadi, hari itu, rajin pulak aku duk berblog walking. padahal dulu duk berkampung je kat twitter. banyak terbaca blog pasal perubahan. Perubahan Malaysia kini-dulu, ekonomi negara dulu-kini. Ok jangan 'WOW', itu TIPU. aku tak rajin baca tentang itu. perubahan yang aku baca pasal perubahan dalaman, perubahan dalam hidup dan yg paling penting pasal KETENANGAN JIWA.  Hari yang orang orang puteh duk hantar bunga, hari yang orang orang jepun duk hantar cokelat adalah hari aku menjadi seorang yang pelik. 


Starting from that day, I want to change. So I started to change. Aku berubah perangai secara tiba-tiba. Puncanya sebab baru baru ni je aku nak bersyukur dengan nikmat Allah- nikmat ketenangan hati. Allahu Akhbar. Kalaulah ada org pernah rasa, tengah makan-mandi-online dan paling tak best time solat tapi fikiran duk fikir pasal benda lain. Aku sendiri tak boleh nak control otak aku. Aku jenis org yg bermonolog dalaman dgn diri sendiri. tak semestinya aku gila. tapi masa tu aku gila memikir. Emosi rasa macam api kecil. orang simbah minyak tanah senang je api marak. Bila jiwa tenang, ya Allah.. boleh senyum kepada mentari terik yg mencucuk cucuk kulit kepanasan. aku terharu. Allah masih kurniakan nikmat ketenangan itu walau kepada hamba seperti aku. bukan membuka pekung di dada tapi aku bukanlah hamba yg baik suatu ketika dahulu. Dan aku sangat terharu bila sedar Allah masih sayangkan aku. Sampaikan dapat traffic light dari merah ke hijau masa keretaku menghampiri pun aku rasa bagai nak menangis. :') 

Jadi aku nak berubah. berubah menjadi lebih baik dari semalam. 
Jadi orang orang sekeliling, sila tegur aku mana yang patut. 
Semoga Allah merahmati anda. InsyaAllah..

Rasulullah berpesan:
"Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmidzi)

Blogger & Friends