Sunday, July 5, 2009

Seminggu sebagai pelajar UiTM Melaka

Assalamualaikum wtb..

Hii..!!! sekembalinya feyra dari UiTM Melaka bukan balik mingguan, tapi balik tak kembali ke sana. Bukan sbb tak tahan dgn minggu mesra siswa (MMS) @ orientasi. Tapi sebab saye telah di tawarkan dgn course Pengajian Sosial/B.inggeris/B.Melayu di Institut Pendidikan Guru Malaysia Lembah Pantai. Ye.. insyaAllah feyra bakal menjadi guru. Hehe. >,<

Ntah sesuai ke tak. Tapi belum cube belum tau kan kan? Sebenarnya dah dapat tawu tawaran nie dari hari kedua berada kat UiTM but I still nak abehkan minggu orientasi sbb once u dah start something, u have to finish it right? :)


Mengenai UiTM Melaka, 27 jun iaitu hari pertama mendaftar di sana. Alhamdulillah semua berjalan lancar & sangat cepat. Pegi meja pendaftaran, tunjuk surat tawaran, tunjuk kad pengenalan, semakan kesihatan & terus dapat no bilik. Pengarah UiTM Melaka ckp, dorg wat system mcm tu sbb nak elakkan berlakunya traffic jams yg berlaku semasa pendaftaran tahun lepas. Memperbaiki kesilapan yang lalu. Bagus pengarah nie. I salute dier. :)


Saye di tempatkan di kolej yg diberi nama TUN TEJA berno bilikkan TTJ 2310 tingkat 3. harap maklum, tiada lif. Lalala~ Mmg penat la naek turun tangga. Tapi tak pe, scenery dari koridor level 3 tu cantik coz dier menghadap tasik tun fatimah. Angin pun bertiup bukan sepoi2 bahasa dah. Takde bahasa dah angin tuh, kuat giler bertiup. Kalo pintu bilik berbukak, siap la “kedebum!!” pintu tu ditutup oleh angin. Hehe. :P

Bilik saye ada 4 org yg menginap. Ika (dari sepang), diba (seremban) and hazirah (negeri 9). Mereka semua baik2, untung ouh dapat roommate macam dorg.


*nie la blok TUN TEJA*

*nie lak pemandangan dari level 3. best duk atas nie*

Hari pertama di kampus bermula pukul 4.30pm. first day jek dah kene tido pukul 2.30 pagi. Kepada ibubapa, ini bukan ragging. Tapi ini adalah persediaan kpd kehidupan yg mmg bz giler kat kampus. Tapi ada jugak pelajar2 yg tak tahan, nanges2 & hari ahad dah balik rumah. Ini contoh2 manusia yg kekuatan mentalnya tak kuat. Alhamdulillah feyra sgt kuat mental beliau.



Hari2 berikutnya ada la pendaftaran pelajar, majlis perasmian, ceramah & taklimat, campus tour, tayangan filem, senam seni, orientasi perpustakaan, majlis penutup etc. Minggu2 orientasi nie sure la byk ceramah kan kan? Rutin harian kami di sana sangat memenatkan.


Hari bermula (jam 4 pagi) >> ke masjid (solat subuh/ ceramah dari ustaz) >> ke dewan makan (sarapan pagi) >> ke dewan bendahara (taklimat/ceramah/majlis) >> ke dewan makan (makan tengah hari) >> masjid (solat zohor) >> dewan bendahara >> ke bilik masing2 (tukar baju/mandi/solat asar) *Tapi biasa nya mmg tak sempat nak mandi* >> pegi dewan makan (makan malam seawal jam 6 ptg *kot*) >> masjid (solat maghrib/ceramah dari ustaz/solat isyak) >> dewan bendahara >> balik bilik tido (paling awal-1.30pagi, paling lewat-3pagi)


Kami slalu je berulang alik dari satu tmpt ke satu tmpt. Lokasi satu tmpt tu bukan nyer dekat. Jauh2! Dari dewan makan ke dewan bendahara jauh sgt. Berjalan dari Times Square ke BB pon lagi dekat rasanya. Dengan panas terik nya lagi. Pergh! Mmg memerlukan kekuatan mental dan ketahanan fizikal yg kuat. Mungkin sbb tu la ramai yg pengsan and kaki melecet. Kaki feyra pon melecet jugak tapi beliau tetap steady menjalani MMS beliau. :D Mengantuk tu tayah cakap la. Mmg sentiasa! Tempat paling ideal nak tido dlm dewan & masjid. :P tapi saye sedaya upaya menahan mata daripada tido dlm masjid cume kadang2 tu terlelap seketika disebabkan proses syaitanisasi bak kata ustaz. Huhu.


Pengarah UiTM Melaka mmg rock! Pakcik tu mmg best. Opp! Beliau dah warn jgn pgl pakcik. Hehe. Sorry datuk. Nama beliau Datuk Prof Madya Dr. Mizan Hj. Hitam. Nama pun mizan, dlm Islam mizan bermaksud dacing yg adil. Dan datuk nie mmg adil kepada pelajar2 beliau. Suke wat lawak datuk nie, and slalu jek bincang dgn staf2 UiTM nak amik tindakan ape masa tengah2 bagi ucapan kat pelajar. Selumber jek wat mcm tgh meeting padahal tgh berucap nie. Haha. Nmpk pon muda lagi. And beliau nie mmg slalu ingat kat bini dier. ape2 hal sure dier tak lupe sebut isteri beliau. Dan paling penting, beliau jugak tak lupe dengan tuhan. Itu yg paling penting. Adakah ente kenal mana2 pengarah yg bersalam dengan anak2 murid beliau yg seramai hampir 2ribu org & turun masjid berjemaah skali dengan pelajar2?? well, I know one person, and that person is pengarah UiTM Melaka. Saye kasi tabik sama datuk!

p/s ; tangan sakit tak? :P


*Datuk Prof Madya Dr. Mizan Hj Hitam*

Datuk Mizan ada mention pasal bigboss dier. feyra panggil “pakcik misai”. Ensem gak org nyer. And nmpk pon still muda lagi. Pangkat ape yg anda nak? Sumer dier ada. Tan Seri + Datuk Seri + Wira + Prof + Dr. + Ibrahim + abu syah. Nama beliau = Tan Seri Datuk Seri Wira Prof Dr. Ibrahim Abu Syah. :) beliau bigboss datuk mizan merangkap naib counselor UiTM Malaysia. Pergh! Bangga mak jadik pelajar Uitm Melaka nyah! :P


*Tan Seri Datuk Seri Wira Prof Dr. Ibrahim Abu Syah*

Masa kat UiTM Melaka, saye sangat suke part berjemaah kat masjid. Tak taw la pasal. Tapi best. Amik saf depan skali weyh! Haha. Tapi depan skali tuk saf pompuan la, bukan yg duduk betul2 belakang imam tuh, ngek. Duk masjid berzikir sblm solat, pastu dgr ceramah. Ada abg senior yg slalu handle pasal masjid nie mmg best. Cara dier ckp selumber jek, marah pon muke rilek jek tade nak kerut2. baek giler. Nama abg tu, abg mizol. Ayat favourite dier “ingatlah Allah supaya Allah ingat kamu.” And “marilah sama2 berzikir untuk menyejukkan diri” dan juge “ini rumah Allah (masjid), jaga la adab kamu” saye sgt suke dgr abg nie bercakap. Penuh ngan kata2 peransang tuk memperbaiki diri. Abg nie sebenarnya ahli kepada Intelectual Student Association (INSAN). kalau saye masih study di UiTM Melaka, insyaallah saye masuk kelab nie. :) Kelab nie ada berdakwah dengan menyebarkan kertas2 kecil bertuliskan pesan2 dan berbuktikan ayat2 al Quran. The most my fav is this one;


[ALLAH berfirman didalam surah Al-Isra’ ayat 32: “Dan janganlah kamu dekati zina kerana sesungguhnya ianya perbuatan (fahisyah) terkutuk dan buruk padahnya”]

*kertas ini diletakkan di belakang pass UiTM feyra*

p/s : ramai pelajar yg menyukainya penulisan kertas ini. :D

*masjid al-hikmah*

Mengenai my roommate lak dorg sumer baek2. tak de yg pentingkan diri. Sumer wat menda sama2. Even though baru berkenalan, tapi rasanya dah leh tawu sikit2 perangai masing2. thanks guys sbb sudi jadik memberku. Rasa cam sediyh gak tinggalkan korg nak gi maktab perguruan nie, tapi pe kan daya. Hope kite berjumpe lagi ek. :) and kakak2 PM juge, time kasih kerana menjaga saye, Barisan Biro2, Barisan MPP, akak2 dan abg2 senior semua, student2 blok tun teja, and last but not least, semua pelajar UiTM Melaka 2009.


Diba, hazirah, feyra, ika

Ika ;

gigih ouh dak nie. Antara yg tertinggi dlm kalangan kitorg. Duk kat sepang & anak bongsu mcm saye jugak. Dia ada sakit kaki yg di panggil tendon. Tapi kerana semangat juang yg tinggi, dier tetap jalan join kitorg ulang alik dari situ ke sini, dari sini ke sana. Tapi kadang2 tu je kalo sakit sgt dier nek kete ngan akak2 PM (pembantu mahasiswa).


Hazirah ;

Menetap di negeri sembilan. Even dia nie anak tunggal, tapi tak penah lak tgk dia nie nanges sbb tak tahan dengan kesibukan dan kepenatan MMS nie. Tapi manje tetap ada sket la. :P but overall she’s fine. :)


Diba ;

Menetap kat seremban. Dia sorg jek penah duduk kat asrama iaitu PLKN. Yg laen sume baru first time masuk asrama. So dier senior la kot dlm bab2 asrama nie. :P Dia nie suke sembahyang berjemaah. So dia la yg bertanggungjawab mengajak feyra merebut saf depan dlm masjid. Hehe. >,<


Nie saye nak menyajikan anda dengan pandangan2 di UiTM Melaka. Jemput2 tgk keindahan di sana.


Nie dlm dewan bendahara. Itu banner MMS. Nmpk tak gambar pakcik misai tuh? Ha! Itu la gambar yg kami tatap tiap2 hari. Haha. :P




Perpustakaan. Bahagian depan dan belakang. Nice an design dier? :D



Dewan kuliah


Kompleks pentadbiran & pembelajaran



Unit sukan. Padang, court tennis, bola jaring, bola keranjang, tapak senam sume ada kat belakang tuh.


bahagian dalaman kafe. Tu yg beratur tu untuk amik air. Yg beratur amik makanan gambar bawah nie.


saksikanlah betapa ramainya manusia beratur untuk amik makanan. Nie tukang tgkp gambar nie pon tgh beratur sbnrnye. Beratur di bawah panahan terik matahari. Nie matahari jauh, dah rasa seksa kepanasan. Nnti matahari sejengkal atas kepala masa kat akhirat nnti tak taw la cam ne rasa.


Tasik tun fatimah.


Budak nie mmg baek. Tak lupe bwk buku peraturan akademik kemana saje dia pegi. Tapi sumpah tak penah bace pon. Itu buku hanya berperanan sbg kipas ku jek. Haha. :D



Saye adalah pelajar UiTM Melaka walau hanya untuk seminggu.

4 comments:

iszee said...

penat membce plak. haha ;D

Zafirah Feyra said...

haha. ces.. baru wat panjang sket jek. adoi~ nie diary seminggu nie, sbb tu panjang. ekeke. :P

syazwanshahdan said...

haah..
penat membace kot!!!
ahahaha...

'angin bertiup xde bahase'.. huhu... suke ayat tu... huhuhu...
uitm da jadi sejarah.. simpan jela kenangan tu..
pasni feyra jadi cikgu.. yeay!!!
murid ; assalamualaikum cikgu
cikgu feyra; wsalam, duduk
murid; terima kasih cikgu..
*bace dgn irama yg betul ye adik2.. huhu

leeya said...

hahaha..
ucu pon ade gak baju batik uitm yg alang pkai tuh..
hehehehehe..
hmm..
alolo..
tape2..
jauh perjalanan luas permandangan..
hik3..

Blogger & Friends