Thursday, September 23, 2010

terima kasih Hunny Bee

First time assignment siap awal! :D
Selalunya esok hantar, malam nie baru gedik2 nak wat. Huhu.
Satu perubahan! Ooyeah! Huhu.
So sbb terlebih masa free, taram sekali dua post satu mlm.
(padahal assignment lain duk beratur lagi ni)
Sangat over. (-,-)

Time tgh ghairah menulis blog, dgr bunyi moto kat bawah blok.
ku pikirkan arie bersama motor beliau pegi ke blok 4, jadi ku intai dari balkoni.
seperti kata2 "ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari"
rata2 sangkaan ku meleset jadi ku masuk balik nak sambung tulis blog.
tetibe je terasa bagai tertusuk paku di kaki. eh?
celah mana pulak leh ada paku.?
tengok2 si hunny bee sdg memberi ciuman hangat kat kaki.
yezza~ mmg terbaik! menyengat gituh~

Dalam kepanikan yang melampau, terhencut2 pegi bilik member
tanya dorg nak wat apa.
mana la taw sengatan leh bwk mati ke.?
tataw la celah mana leh datang idea tu. lalala~
nie sume pengaruh pengalaman wawa kene patuk ular.
fobia dengar cite dia. (-.-)
time kasih ye encik lebah. tak sangka kakiku ini lebih manis dari madu.
Sebagai hadiah terimalah jentikan kasih sayang dariku.
akibatnya dia terkejut, sakit jantung lalu mati.
Rest in peace yea. amin~
Sekian.

Assignment Konvoi Raya

PENGHARGAAN
Assalamualaikum. TQ byk2 diucapkan kpd makhluk2 yg mengikuti konvoi hari raya pada 16 september 2010 termsk la semut2 dan kuman2. terima kasih kpd yg bagi mkn, bukan sahaja rasa sgt berbesar hati malah rasa mcm dah terbesar sket dri segi size. lalala~ (sila rujuk lampiran utk senarai penghargaan)

1.0 PENGENALAN
Pabila tiba suatu ketika yg bosan, maka mulalah beliau ini ber'blog walking'. Eliya, iszee, rafiqa & qeyla semua pakat tulis pasal konvoi raya aritu. Wah! pakatan sejagat korg ek. Disebabkan beliau juga tamo ketinggalan, so nak amik port tulis jugak! hee~

2.0 LATAR BELAKANG
dikala org meraikan hari sempena pertubuhan malaysia, kami menyibukkan diri dgn konvoi. pada mulanya cadang 3 bijik kereta shja. tup tup hambik ko!, 5 bijik sekali bertempur. inilah konvoi terbesar dlm sejarah hidup beliau. bermula dari serendah ke rawang dan akhirnya ke sekitar sg buloh. ahli2 konvoi poyo poyo raya adalah along, achik, ucu, uncle, aunty rafiqa, epul, ehsan, cha'a, kambing, liey, Q, acim, paiz, azim & ella. (semua bukan nama sebenar).

3.0 KONVOI RAYA
malas nak tulis panjang2. jadi kita tgk pilihan dialog2 yg diutarakan.

3.1 kata aunty rafiqa
'mengandung tahi'. eh! mcm censored pulak bunyi. lalala~ mana tak nyer. setiap rumah kami dihidangkan bak raja yg tiada takhta. dari nasi lemak + laksa, kuehtiaw goreng + kfc + mihun goreng + mee goreng + nasi ayam, kek coklat + kuehtiaw goreng + mihun goreng basah, caramel + spagetti. besar kan tangki perut kami?

3.2 kata azim
'semua nak menunjukkan bakat memasak'. oke! itu beliau terasa. lalala~ tak pe la. bukan selalu nak bagi korg berlemak tepu sket. haha.

3.3 kata feyra
'orang dah hidang, kita makan la. jamah jugak!'. nie contoh makan tak ingat dunia. balik IPG lecturer tegur, 'u byk makan kueh raya ek? nmpk naik byk.' errK.. (-.-")

4.0 PENUTUP
kesimpulannya beliau kene diet.

5.0 REFLEKSI
beliau itu merujuk kpd yg menulis nie. lalala~ along achik ucu uncle aunty epul qeyla liey mbing & yg lelain, disini sy membuat pengakuan bahawasanya sy sgt gembira yg teramat dapat beraya bersama2 anda. balik rumah senyum sampai telinga. along, walaupun along sgt poyo wat drag kt rawang, tapi anda nmpk sgt jambu dihari raya itu. huhu. achik, lama tak jumpe & tak borak kan kan? setaun rasanya. byk gila nak cerita tapi last2 jumpa rasa mcm blank je. tataw nak cite apa. speechless bila jumpa achik. gembira punya pasal. huhu. ucu, u mmg sgt tak berubah. masih blur mcm dlu, masih suka gado2 mcm dulu, sengal mcm dulu jugak. huhu. gembira giler dapat jumpe ucu. bila lagi la kita nak lepak kat bukit kan kan? huhu. nama je kita duk dekat, satu KL jugak tapi nak jumpe mmg susah jugak kan kan? uncle & aunty, sy suka tgkp gambar anda berdua! hoho. tataw nape. lalala~ syg la aunty tak dpt raya umah alang. :( ha, lupe! ucu pun tak raya umah alang. majok cam nie ngn korg. :(
huhu. :P
~ ~
benti jap. encik lebah dah sengat kaki sy. termati selera nak tulis pepanjang. lagipun assignment yg real berlambak lagi tengah beratur nie.

6.0 LAMPIRAN
senarai penghargaan; along, achik, ucu, uncle, aunty rafiqa, epul, ehsan, cha'a, kambing, liey, Q, acim, paiz, azim & ella.
(^_^)



kami semua :) sekeping je boley tunjuk. uncle suh bayar dulu kalo nak tgk byk2. huhu. :P

Thursday, September 9, 2010

Hidangan gambar :)


tengok lembu gua tempurung nie. kerek tahap gaban. Siap jelir lidah lagi tuh.
nyampah i, nyah! Siap ko lembu, aku wat korban nnti!

sikit besar punya signboard. kalo sesat jugak...haih tataw nak kata...

pengembaraan bermula di sini.. erkk.. mcm scary je dlm gambar..


merangkak. Lalala~ gelap sket. cahaya flash camera masuk air tak sampai.
(blom masuk air lagi time nie)

nie tak cukup curam lagi nie. ada lagi curam.. rasa mcm nak tergolek golek mcm ayam golek je bila naik tinggi2 meraban camgini..

kepala hati2. sekali terhantuk takut mati.. Lalala~

sikit punyer dalam air sungai gua. Sejuk air dia.. aaaeee.. *gigil*

gelungsur time!

Kamilah bebudak 4 orang tu. :)
Syafiq, zafirah, haris, arifah

ok! kempiskan perut! masuk itu lobang! wahaha..

Sekian sahaja hidangan gambar dari dlm perut gua tempurung.

Wednesday, September 8, 2010

Gua tempurung

Tanggal 27 ogos 2010. Zafirah & rakan2 beliau; arifah, haris & syafiq menuju ke gua tempurung, kampar, perak untuk melakukan kajian lapangan berkenaan bentuk muka bumi sebagaimana yg disuruh oleh assignment KS1 mereka. Malangnya tade sorg pun yg taw jalan untuk pergi ke gua tu. erRkk.. macam mana kami boleh sampai? Google map! wahaha~! bangga rasanya dapat menggunakan teknologi yg ada nie. *idung naik tinggi seinci* lalala~ :p

Jalan ke gua tempurung, ikut highway utara selatan menuju ke utara (bkt kayu hitam) then amik exit gopeng (exit 135). Lepas keluar dari tol belok kiri & ikut signboard ke gua tempurung. Tayah risau, signboard mmg byk. Penginapan pun tak payah risau, mmg bersepah berlonggok kat kampar tu.

Kami check in di Fully Well hotel yg letaknya cuma 20 minit perjalanan. Yang bestnya hotel nie, murah, location mmg tip top walla, strategik! Dekat dgn bazaar, dekat dgn pizza hut, kfc, maybank, cimb bank. Budak2 nie mmg suka popia basah kat bazar kampar tu. sumpah sedap. *gulp* Pergi bazaar ada sepuluh hinggit, balik ada ek elen, sen je tinggal. Nafsu2..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

al kisah, terpacak la 2 jejaka rebutan malaya & 2 dara pinggitan melayu di gua tempurung 9.30 pagi keesokan harinya. Kat situ ada 4 pakej;2 pakej kering & 2 pakej basah. 2 pakej basah tu means ada la kene masuk sungai. Bebudak 4 eko yg datang dari KL nie mmg taram ambik pakej paling mencabar dipanggil grand tour. Jap kejap! effect dia tak kene. "GRAND TOUR" Wahaha! takut tak takut tak bunyi dia? Readers mesti rasa mcm nk ketuk kepala si budak zafirah nie kan, gegeh sgt bak kata org kedah.. lalala~ burn rm22. tapi xpe, pengalaman punya pasal, bantai.

Masuk part dlm gua. Kasi sound effect sket bro.
Jeng jeng jeng! ...
Gelap!! Sah2 la kan. nama pun gua. Bagi sesiapa yg tinggi nilai estetika tu, mmg rasa gua tu cantik. Byk pulak bentuk2 arca; kucing, kobau, rama2, perempuan mengandung pun ada siap rambut lurus panjang gituh. Lukisan monalisa pun ada & paling taleh blah lukisan peha ayam ala2 kfc pun ada. Nie sume bukan dibuat2, tapi semula jadi terbentuk hasil dari pembentukan stalagmite & stalactite. Subhanallah.. Gua tu mmg btl2 memaparkan kecantikan ciptaan Yang Maha Esa..

Mula2 excited mmg tahap maximum punya, melompat2 berlari2 bagai.. 30 minit kemudian, salah sorg drpd lbh kurg 25 org peserta grand tour diserang penyakit yg dipanggil sawan+binatang yg haram dimakan. ye, maka jadilah ia "sawan babi". Mood daripada
"Lalalala~ hati gumbira bagai nak gila"
bertukar menjadi
"...... . . ." (-.-")
Jantung bagai nak cramp. Pengalaman pertama menyaksikan sawan babi mmg sgt menakutkan. Baru la hamba Allah yg pelupa nie nak mula beristigfar byk2.. itu satu hal. tour guide yg bawa kami seramai 25+, hanya ada seorg sahaja.
Dush! dush! Bagai jatuh ditimpa tangga. Ujian dari Yang Maha Kuasa.

tunggu la kami selama extra 1/2 jam tanpa kehadiran tour guide sbb tour guide tu angkut si pesakit keluar gua balik. Risiko bawak itu org. baik kasi campak luar. Bygkan dlm keadaan yg gelap, tinggallah kami sendirian yg tak tahu menahu pasal selok belok gua.
tick tick tick.. waktu berdetik..
tak mungkin bisa kuhentikan..
Maumu jadi mauku..
pahit pun itu ku tersenyum..
eh taw pulak nyanyi lirik lagu negara seberang.
Nie sume salah jajan! pengaruh lagu indonesia kuat budak tu.
lambat pulak masa berdetik masa menunggu tour guide tu nak sampai..

Maka keluarlah asap kepul2, bubble bubble dari atas kepala zafirah;

Perjalanan diteruskan selepas tour guide kembali. Memanjat, mendaki, bergerak pantas, merangkak, menggelungsur, rentas sungai.. mmg confirm complete set latihan askar! Kata bebudak empat org nie "No problemo. Berbekalkan latihan Pendidikan Jasmani dari Dr Azita, kami dah bersedia!" Wahaha.. Berlagak macam haram. :p Oleh sbb confident terlalu tinggi, muka penuh selumber toyerk jalan meniarap mcm askar dlm air sungai. Lupe nak jalan cover2, barang2 elektronik dalam beg dah basah lencun. PergH! hampeh. Keluar sungai camera siap takung air walaupun dah letak dlm beg plastik. terbaek! Hati resah camera ibunda tercinta dah selamat 'jalan'. Time2 tu lak ter-tarik muka ketat. Si member lak dah rasa sebelasah sbb dia last pegang camera. Adoi~ maaf la wahai kawan. bukan salah kamu, cuma perlukan masa utk terima hakikat camera tu takung air. huhu. Handphone, bank card etc masuk air.
Lalu berkatalah pd diri sendiri; "Kau kan optimis punyer org. Rilex2" So lepas tu senyum sampai telinga. Masalah buat2 lupa. lalala~

Masuk gua pukul 10 pagi tepat. Keluar gua pukul 3petang. Kira kan jap bape lama kitorg duk dlm tu. Ye! selama itula kitorg berada dlm tu. Mmg mencabar. Balik hotel bebudak 4 org nie sume lemau je. Mana tak nyer, puasa kot. & kitorg satunya2 budak2 melayu Islam yang datang time tu, yg lain sume cina+india. Sedap je tgk dorg minum air lepas kuar gua. *telan air liur*

p/s: tamat cerita. Penulisan penutup cerita mmg sumpah bosan tahap ape je an.. wahaha. peduli la. mmg budak nie tak suka tulis karangan pun. Lalala~ Gambar2 ku beri esok lusa la ye. penat dah ni.. ngantuk~~ (-.-)Zz~

Blogger & Friends