Wednesday, September 8, 2010

Gua tempurung

Tanggal 27 ogos 2010. Zafirah & rakan2 beliau; arifah, haris & syafiq menuju ke gua tempurung, kampar, perak untuk melakukan kajian lapangan berkenaan bentuk muka bumi sebagaimana yg disuruh oleh assignment KS1 mereka. Malangnya tade sorg pun yg taw jalan untuk pergi ke gua tu. erRkk.. macam mana kami boleh sampai? Google map! wahaha~! bangga rasanya dapat menggunakan teknologi yg ada nie. *idung naik tinggi seinci* lalala~ :p

Jalan ke gua tempurung, ikut highway utara selatan menuju ke utara (bkt kayu hitam) then amik exit gopeng (exit 135). Lepas keluar dari tol belok kiri & ikut signboard ke gua tempurung. Tayah risau, signboard mmg byk. Penginapan pun tak payah risau, mmg bersepah berlonggok kat kampar tu.

Kami check in di Fully Well hotel yg letaknya cuma 20 minit perjalanan. Yang bestnya hotel nie, murah, location mmg tip top walla, strategik! Dekat dgn bazaar, dekat dgn pizza hut, kfc, maybank, cimb bank. Budak2 nie mmg suka popia basah kat bazar kampar tu. sumpah sedap. *gulp* Pergi bazaar ada sepuluh hinggit, balik ada ek elen, sen je tinggal. Nafsu2..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

al kisah, terpacak la 2 jejaka rebutan malaya & 2 dara pinggitan melayu di gua tempurung 9.30 pagi keesokan harinya. Kat situ ada 4 pakej;2 pakej kering & 2 pakej basah. 2 pakej basah tu means ada la kene masuk sungai. Bebudak 4 eko yg datang dari KL nie mmg taram ambik pakej paling mencabar dipanggil grand tour. Jap kejap! effect dia tak kene. "GRAND TOUR" Wahaha! takut tak takut tak bunyi dia? Readers mesti rasa mcm nk ketuk kepala si budak zafirah nie kan, gegeh sgt bak kata org kedah.. lalala~ burn rm22. tapi xpe, pengalaman punya pasal, bantai.

Masuk part dlm gua. Kasi sound effect sket bro.
Jeng jeng jeng! ...
Gelap!! Sah2 la kan. nama pun gua. Bagi sesiapa yg tinggi nilai estetika tu, mmg rasa gua tu cantik. Byk pulak bentuk2 arca; kucing, kobau, rama2, perempuan mengandung pun ada siap rambut lurus panjang gituh. Lukisan monalisa pun ada & paling taleh blah lukisan peha ayam ala2 kfc pun ada. Nie sume bukan dibuat2, tapi semula jadi terbentuk hasil dari pembentukan stalagmite & stalactite. Subhanallah.. Gua tu mmg btl2 memaparkan kecantikan ciptaan Yang Maha Esa..

Mula2 excited mmg tahap maximum punya, melompat2 berlari2 bagai.. 30 minit kemudian, salah sorg drpd lbh kurg 25 org peserta grand tour diserang penyakit yg dipanggil sawan+binatang yg haram dimakan. ye, maka jadilah ia "sawan babi". Mood daripada
"Lalalala~ hati gumbira bagai nak gila"
bertukar menjadi
"...... . . ." (-.-")
Jantung bagai nak cramp. Pengalaman pertama menyaksikan sawan babi mmg sgt menakutkan. Baru la hamba Allah yg pelupa nie nak mula beristigfar byk2.. itu satu hal. tour guide yg bawa kami seramai 25+, hanya ada seorg sahaja.
Dush! dush! Bagai jatuh ditimpa tangga. Ujian dari Yang Maha Kuasa.

tunggu la kami selama extra 1/2 jam tanpa kehadiran tour guide sbb tour guide tu angkut si pesakit keluar gua balik. Risiko bawak itu org. baik kasi campak luar. Bygkan dlm keadaan yg gelap, tinggallah kami sendirian yg tak tahu menahu pasal selok belok gua.
tick tick tick.. waktu berdetik..
tak mungkin bisa kuhentikan..
Maumu jadi mauku..
pahit pun itu ku tersenyum..
eh taw pulak nyanyi lirik lagu negara seberang.
Nie sume salah jajan! pengaruh lagu indonesia kuat budak tu.
lambat pulak masa berdetik masa menunggu tour guide tu nak sampai..

Maka keluarlah asap kepul2, bubble bubble dari atas kepala zafirah;

Perjalanan diteruskan selepas tour guide kembali. Memanjat, mendaki, bergerak pantas, merangkak, menggelungsur, rentas sungai.. mmg confirm complete set latihan askar! Kata bebudak empat org nie "No problemo. Berbekalkan latihan Pendidikan Jasmani dari Dr Azita, kami dah bersedia!" Wahaha.. Berlagak macam haram. :p Oleh sbb confident terlalu tinggi, muka penuh selumber toyerk jalan meniarap mcm askar dlm air sungai. Lupe nak jalan cover2, barang2 elektronik dalam beg dah basah lencun. PergH! hampeh. Keluar sungai camera siap takung air walaupun dah letak dlm beg plastik. terbaek! Hati resah camera ibunda tercinta dah selamat 'jalan'. Time2 tu lak ter-tarik muka ketat. Si member lak dah rasa sebelasah sbb dia last pegang camera. Adoi~ maaf la wahai kawan. bukan salah kamu, cuma perlukan masa utk terima hakikat camera tu takung air. huhu. Handphone, bank card etc masuk air.
Lalu berkatalah pd diri sendiri; "Kau kan optimis punyer org. Rilex2" So lepas tu senyum sampai telinga. Masalah buat2 lupa. lalala~

Masuk gua pukul 10 pagi tepat. Keluar gua pukul 3petang. Kira kan jap bape lama kitorg duk dlm tu. Ye! selama itula kitorg berada dlm tu. Mmg mencabar. Balik hotel bebudak 4 org nie sume lemau je. Mana tak nyer, puasa kot. & kitorg satunya2 budak2 melayu Islam yang datang time tu, yg lain sume cina+india. Sedap je tgk dorg minum air lepas kuar gua. *telan air liur*

p/s: tamat cerita. Penulisan penutup cerita mmg sumpah bosan tahap ape je an.. wahaha. peduli la. mmg budak nie tak suka tulis karangan pun. Lalala~ Gambar2 ku beri esok lusa la ye. penat dah ni.. ngantuk~~ (-.-)Zz~

2 comments:

IanLee87 said...

bestnye... xgtau abg yan pun...
xpe2, after raye ktorg lak pegi...

btw, assignment ape?

Zafirah Feyra said...

tak sempat nak story la abg yan.. lama tak lepak ngn abg yan. huhu. assignment pengajian sosial 1. kene wat kajian luar, pasal bentuk muka bumi. mrs sive darshine nyer assignment. (-.-)

Blogger & Friends