Friday, December 24, 2010

Kek Batik

Apabila zafirah belajar masuk dapur.. maka jadilah tajuk post untuk kali ni.. ngeh3.. :P 
Bermulanya dari nafsu makan yang tetibe membuak-buak.. 
Kemudian tetibe teringat blog dari senior institut saya, post mengenai recepi kek batik..
Jadi saya mencari mentor untuk bake kek batik nie.. 
(ambil perhatian: walaupun ianya dinamakan kek, tapi ia tidak di 'bake' sebenarnya.. )
Qeyla menjadi pilihan pertama & terakhir atau lebih tepat lagi, mama beliau.. 
Jadi kami memulakan misi untuk menghasilkan kek batik.. 
Untuk ametur tukang masak seperti kami, mmg kek batik sangat sesuai.. 
Bahan-bahan:
1 bungkus biskut marie
1 bungkus milo (saiz kecil)
1 sudu besar serbuk koko
1 buku mentega (250g)
1 cawan besar susu pekat manis


Cara-cara:
1. Patah-patahkan biskut marie jadi kepingan besar. Paling ideal pecah 4 bahagian. *letak tepi*
2. Kemudian campurkan susu dalam serbuk koko dan milo. *bukan dlm biskut*
3. Panaskan kuali/periuk, cairkan mentega. *jgn bagi tukar colour*
4. Sebaik sahaja mentega cair, masukkan campuran susu+serbuk koko+milo tadi. *Api kecil*
5. Gaul-gaul sebati sehingga likat. kemudian tutup api. 
6. Masukkan biskut yang patah-patah tadi. Gaulkan campuran tadi dengan biskut sehingga campuran salut biskut-biskut sepenuhnya. *Jangan gaul hancur lak*
7. Sapukan sikit mentega ke dalam bekas kemudian masukkan campuran tadi dalam bekas tersebut. Gunakan segala tenaga yang ada untuk mampatkan betul-betul campuran tadi dalam bekas tu. 
8. Setelah puas hati memampatkan campuran tu tadi, letakkan dalam peti sejuk *bukan freezer*


Poof! Siap.. Tunggu ia keras dan boleh potong, makan.. yummy~ 


Ambil nota : Kek batik ini adalah versi crunchy, bermakna bukan moist.. Ulang suara, its CRUNCHY.. Coz i like it that way.. CRUNCHY.. :)

2 comments:

Noraqeelah Nazari said...

weh, ni ke rupe kek batik kte aritu???

leeya said...

jgn nk brangan sgt la kek korg lawa mcmtu. haha. tu bkn mcm kek batik je. :P

Blogger & Friends