Sunday, May 1, 2011

Lempang laju laju

Ada beberapa perkara yang buat ku rasa mcm nak lempang orang laju laju.

Pertama.
Bila orang dah lambat nak pergi kelas, orang lain jalan terkedek kedek naik tangga. kalau dia jalan tepi tepi sikit tak pe. Nie cover laluan seluas luas laluan tangga tu. Orang lain nak pintas pun tak boleh. Macam highway 2 lane naik bukit, ada 2 bus tgh bersaing nak naik bukit. Sabo je la. Yang ku heran, kelas masing masing semua start waktu sama, time ku dah lambat (everyday ;p ) boleh pulak mereka jalan seperti biasa. (-.-")

Kedua.
Bila naik train (applied to other than KTM) semua orang masuk berhenti berdiri kat tengah tengah tiang macam pole dance sikit tuh. Tolong la. Kalau tak dapat tempat duduk, at least masuk la kat bahagian perut perut train tu sikit. Kalau jd situasi tin sardin dalam train, ku kan meloloskan diri pergi kat part penyambung antara couch train. Tau tak yang mana? yang agak agak fleksible sikit tuh. Yang ku heran, orang tak berani duk berdiri situ. Relax la. Berdoa je la penyambung train tu tak putus. Part nak keluar payah sikit. Ku terpaksa rempuh orang macam main ragbi. oh. ter 18SG pulak.

Ketiga.
Bila cleaner baru je mop lantai, BARU je tak sampai satu minit, ada orang lain dengan suka hati nyer bersama rakan2 terus pijak/lalu kat tempat tu. Lagi rasa nak lempang laju laju orang orang tu bila dia berborak bergelak ketawa besar besar. Kadang kadang ku rasa kesian tengok cleaner tu. cleaner yg sinonim dgn wanita tua bekerja. Kalau ye pun nak lalu betul betul lepas dia mop, mintak la lalu sikit. Tak susah weyh ckp "tumpang lalu". at least penat penat dia mop tak kan menyumpah nyumpah tengok korang korang mengotorkan ia balik. Bukan apa ku meletakkan diriku dalam keadaan dia dan orang orang lain tu letakkan lah diri anda dalam keadaan cleaner tu. Apa rasa?

Keempat.
Bila ku tulis blog je rasa macam nak tido nie rasa macam nak lempang diri sendiri laju laju. =.="

1 comment:

syazwanshahdan said...

hahaha. post ni pun lawak jugak.
alang2.

betul2. kesian tgk cleaner2 kan. isk3. tapi ustaz achk cakp, org2 cam dorg lebih senang masuk syurga. memang kita nampak dia kerja camtu, tapi as long as dia laksanakan amanah dia(kerja) dengan sempurna, dia dah terselamat dari disoal akhirat nanti. berbanding pekerjaan yg besar2 ni yg terlibat dgn rasuah, penindasa etc2. kita nampak dia gah di dunia, tapi akhirat belum tentu.

Blogger & Friends